Monday, 2 February 2015

Info ~ Kalsium & Magnesium

Assalamualaikum...

Hari dapat ilmu lagi dari group BnC...kali ni pasal kalsium....haaaaa...bila sebut kalsium mesti terbayangkan susu...betul tak????

Ok lah...jom baca....info ni saya dapat dari salah seorang kawan kat group BnC...so saya kredit info ni kat Amalina Hussain..

Info tentang kalsium...

~Supplement kalsium yang bagus mestilah lengkap bersama magnesium.

Sebab apa?

~Bila kita ambil suplemen kalsium tanpa adanya magnesium, ianya boleh mengakibatkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu dan bukannya dalam tulang.

~Ini akan meningkatkan lagi risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok!

~Ostematrik Shaklee lengkap dengan Magnesium, Zinc, Vitamin D, kuprum, manganes dan boron.

Haaa....sebab tulah Ostematrix Shaklee nu hebat...saya suka! Saya suka!!

Naziera ~ 0136290309
Supervisor March 2015

Thursday, 29 January 2015

Ubah Cara & Menu Sarapan ~ Tips kurus miss aya....

Assalamualaikum...

Bulan lepas dapat ilmu dari salah seorang ahli BnC...Aya Suria namanya...si saya kreditkan tips kali ni kat miss Aya Suria...semoga bermanfaat untuk semua....

tips diet miss aya suria:  
~Jika anda rasa menurunkan berat badan adalah sukar, salah satu sebabnya adalah kerana tabiat ataupun habit pemakanan kita tidak berubah.

~Cara pemakanan kita adalah sama setiap hari. Saya boleh lihat setiap hari, kita akan pergi ke kedai makan untuk sarapan dan makanan yang kita ambil adalah roti canai, nasi lemak dan teh tarik.

~Tabiat pemakanan yang sangat ‘common’ untuk rakyat Malaysia. Walaupun nasi lemak famous satu dunia, tidak bermakna ia adalah makanan yang sihat.

~Sebab itu pembentukan habit adalah sangat penting. Dan saya sangat galakkan untuk anda membentuk habit pemakanan bermula dengan sarapan.

Mari kita membentuk rutin pagi yang sihat.

~Pertama sekali, sarapan adalah sangat penting dan anda tidak boleh skipped untuk bersarapan.

~Kedua, saya cadangkan letakkan satu gelas air kosong disebelah katil ataupun bila anda bangun terus ke dapur dan minum segelas air kosong.

~Ketiga, cuba bersarapan seawal mungkin. Bukannya ketika sudah sampai di tempat kerja baru ingin bersarapan. Disebabkan kita berpuasa ketika kita tidur, jadi badan memerlukan tenaga sebaik sahaja kita bangun.

~Keempat, pilih menu yang betul-betul sihat ketika bersarapan. Saya tidak menyarankan untuk anda makan nasi lemak, roti canai, teh tarik ketika sarapan. Saya lebih menggalakkan anda mengambil sumber protein. Contoh sumber protein adalah telur.

~Anda boleh buat telur separuh masak, telur rebus, telur cincang dan boleh di tambah lada hitam dan juga lada putih.

~Jika anda ingin mengambil sumber karbohidrat, cuba ambil makanan yang mempunyai tinggi serat seperti oat, roti bijirin.

~Atau anda boleh membuat smoothie yang sihat. Campurkan susu rendah lemak, blendkan dengan pisang dan buah-buahan yang lain.

~Walaupun cara pemakanan yang saya cadangkan tidak menampakkan kemelayuan, tetapi percayalah cara pemakanan kita sekaranglah yang menyebabkan penyakit tiga serangkai yang saya selalu jumpa di hospital saban hari. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung tidak pernah berkurang.

Haaaa....macam ramai pakar cakap, sarapan memang penting untuk orang yang sedang dalam proses nak kurangkan berat macam saya...makanya, jom lah usaha ubah menu2 sarapan kita ye...

Sekian...

Naziera ~ 0136290309
Supervisor March 2015

Tuesday, 20 January 2015

Batuk, Terkucil, Wuduk & Solat

Assalamualaikum...

Allah uji lagi...Alhamdulillah...kali ni diuji dengan batuk & gatal tekak yang sangat2 teruk...bila batuk, automatic terkucil....tak kira masa pulak tu...

So, google lah info macam mana nak solat kalau asyik terkucil...dan jumpe artikel ni....jemput bace ye...

Lemah kawalan kencing boleh dikatakan juga sebagai "terkucil" . Biasanya masalah terkucil dialami ketika terbatuk, bersin, ketawa atau bersenam lalu wanita yang bermasalah boleh terkencing sedikit. Masalah ini berlaku akibat dari kehamilan, bersalin, menopaus dan struktur saluran kencing itu sendiri. Punca keadaan lemah kawalan kencing apabila ada masalah pada otot dan saraf yang mengawal serta membebaskan air kencing.

Namun ketika kita menunaikan haji atau umrah di Tanah Suci, kita tidak boleh menganggap perkara ini remeh kerana membabitkan ibadah. Lagipun di Mekah, cuaca agak panas dan kering menyebabkan ramai jemaah wanita mengalami batuk dan ini memburukkan masalah terkucil. Sia-sia sajalah kita pergi ke Tanah Suci kalau amalan tidak diterima yang disebabkan masalah terkucil kerana kita perlu sentiasa bersih dan suci dari hadas supaya ibadat diterima Allah.

Kita dinasihatkan untuk memakai alas (panty liner) untuk mengelakkan terkena pada pakaian termasuklah seluar dalam kerana air kencing termasuk dalam kategori najis mutawasitah atau najis pertengahan yang membawa maksud perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum membuat ibadah. Jika tidak, solat kita tak sah. Hal ini akan merugikan kita sebagai tetamu Allah.

JALAN PENYELESAIAN MASALAH TERKUCIL

Menurut Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, pertama sekali sebelum beribadat kita perlu suci dari hadas. Wanita yang ada masalah terkucil,perlu bersihkan alat sulit sebersih-bersihnya. Kemudian pakai alas@panty liner kat seluar dalam. Kemudian berwuduklahlah lalu lakukan ibadah seperti biasa. Selepas itu jika anda terkucil maka ibadat anda sah dan diterima Allah kerana anda terkucil selepas berwuduk . Air kencing yang terkeluar ketika melakukan solat atau pekerjaan haji seperti tawaf, hukumnya dimaafkan dan ibadahnya sah disisi Allah.

Bagaimanapun anda tidak boleh sengaja mengeluarkan air kencing jika tidak bersebab seperti batuk atau ketawa. Terkucil yang dibenarkan ialah terkucil yang sememangnya tidak boleh dikawal atau memang tiada tempat untuk membuang air kecil yang dikira darurat.

Mengenai wuduk pula, orang yang ada masalah terkucil perlu memperbaharui wuduk untuk setiap solat fardu. Wuduk orang yang ada masalah terkucil tidak boleh digunakan untuk dua solat fardu. Justeru, setiap kali masuk solat fardu, anda perlu berwuduk baru selepas membersihkan alat sulit dan mengganti alas@panty liner yang baru.

Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah turut menyarankan jemaah wanita membaca SURAH HUD ayat 44 sebagai doa bagi menghentikan masalah terkucil atau datang haid. Boleh juga digunakan sebagai jalan penyelesaian bagi menahan keluar angin atau kentut.Nasihat beliau lagi, jangan jadikan masalah terkucil sebagai halangan untuk mendapat ibadat haji dan umrah yang terbaik.

Alhamdulillah, terjawab sudah kebuntuan di minda...nanti saya update surah Hud ayat 44 tu...artikel ini dipetik dari majalah Mingguan Wanita tahun 2009...

Kredit info to:-bicaraneem.blogspot.com

Friday, 16 January 2015

Set Milkbooster Shaklee - Sejarah Shaklee Dalam Diri Saya

Assalamualaikum...

Just nak 1 cerita & boleh dikire testimoni juge lah...jemput baca ye...

Sy start tjebak dgn shaklee sebab set milbooster...ESP+ALFALFA...

amek mase anak umur 1y2m...susu cair mcm air masak je...anak nyusu tak puas...

Pujuk hsbn belikan, hsbn tak caya susu cair...sy picit sikit & tunjuk kt husband, terus termenung then beri izin sy order set tu...

Selepas saya minum ESP 2 kali, dan telan ALFALFA 3 kali gak, 2-3 biji setiap kali...hasil nye sangat2 memberangsangkan...susu pekat macam berkolostrum sgt2...tidur malam2 boleh basah baju...Alhamdulillah...seronok...

Terus cakap kt husband nk dftr ahli sb nk konsisten amek 2 items ni smpi anak berhenti bf...Alhamdulillah, Allah & hsbn izin...

Smpi sekarang, sy setia dgn shaklee...dan dah macam2 yang saya pernah cube...semuanya saya berpuas hati...

Semua tu dengan izin Allah & restu suami saya...sangat bersyukur dengan percaturan Allah ini...Alhamdulillah

Saturday, 10 January 2015

Rukun Solat~Rahsia Di Sebaliknya

Assalamualaikum...

Just nak share poster yang jumpa dari FB Ustaz Kazim Elias...

Semoga bermanfaat untuk semua...

Thursday, 8 January 2015

Testimoni Vivix Lagi Tau

Assalamualaikum...

Saya nak share testimoni lagi...sharing testimoni vivix....jom baca pengakuan salah seorang ahli dalam group BnC yang Awesome tu...

"saya salah seorang pengguna vivix. dah dekat 3 bulan saya amalkan minum vivix. alhamdulillah badan rasa sihat dah tak terasa sakit2 badan macam dulu. sebelum ni saya pernah sakit badan sebelah kiri, dada rasa nyeri rasa macam dicucuk,kadang2 rasa sakit sampai ke tengkuk sbelah kiri. lengan pun rasa lenguh je hingga tak selesa buat kerja. pada mula nya saya ingat tanda2 sakit jantung sebab sakit tu attack sebelah kiri. 

sampai satu tahap (pada tahun 2012) saya pernah refer ke pakar di sri kota, dan buat full medical checkup dan xray. alhamdulillah rupanya bukan sakit jantung. tapi disebabkan masalah tisu otot dada saya terkoyak sikit. saya tak pasti apa punca sebenar tapi apa yang pasti doktor kata saya bebanan kerja lebih di sebelah kiri ( sebab saya lefthanded)

doktor kata bila tisu lembut pada otot dada kita terkoyak mungkin menjadi punca kesakitan dari jantung ke paru-paru,  otot-otot, tulang rusuk,  hinggalah ke saraf. so barulah saya tahu sakit dada sebelah kiri tak semestinya tanda2 sakit jantung. lepas doktor cakap mcm tu baru rasa lega sikit. patut lah satu badan rasa lemah selalu dan rasa sakit tu sampai ke tulang belakang.

Dari kecik sampai dah berumur ni buat kerja semua dengan tangan kiri. kerja ringan mahupun kerja berat semua guna tangan kiri. so doktor kata tak de ubat cuma perlu buat fisioterapi sendiri / urut dan kurangkan penggunaan tangan kiri. susah rasanya nak buat kerja sebelah kanan sebab dah terbiasa guna tangan kiri. So untuk kurangkan rasa sakit dan nyeri tu apa yang boleh saya buat hanya urut dan sapu minyak panas je. bertahun juga la saya terpaksa hadapi rasa sakit ni. hari2 rasa tak selesa bila buat keja. tapi terpaksa tahan juga.

Bila terbaca manfaat vivix boleh perbaiki dan pulihkan sel2 dalam badan saya teringin nak cuba. so saya kumpul duit beli vivix. dan sekarang dah dekat 3 bulan saya amalkan vivix alhamdulillah sangat2  rasa sakit dada & nyeri kat dada tu dah beransur hilang.

memang betul lah vivix betul2 power. so lepas ni saya akan jadi pengguna tegar vivix. badan rasa selesa je walaupun saya hanya minum 1 sudu vivix sehari."

Seronok kan baca....sampai kan saya sendiri pun dah mula amalkan Vivix sesudu kecil sebelum tidur...selain tu, saya amek setitik cumur pada muka macam pakai krim malam...

Naziera
0136290309

Saturday, 3 January 2015

LAST MINUTE VACATION PLAN

Assalamualaikum...

Semalam saya cakap kat husband dengan niat bergurau...

"Abang, bestnye kalau ada kt cameron highland kan"

Sekali husband jawab...

"Jom pegi esok"

Hahaha...ingatkan memain, rupenye dia serius...apa tak nya, dia cuti dr 1-4jan....takkan duk umah je kan...hihi...

Sebelum tido kami pakat nk gerak after Subuh...

Alhamdulillah, pagi ni siap solat Subuh...urus diri, packing bag, mandikan haqeem...kami pun meneruskan perjalanan...

Haqeem awal2 dah tetidur...mengantuk sangat lettew....hihi...

Ke Cameron Highland kita hari weh....esok balik le...hihi

Thursday, 1 January 2015

Poster Vivix

Assalamualaikum

Tengah bosan tunggu urusan di bank ni...saya belanja poster untuk tatapan u olls...

Sempena promosi Vivix bulan Januari ni...

Berminat untuk mencuba, hubungi saya untuk konsultasi percuma ok...

Naziera Roslan
013 629 0309

Urusan Di Kaunter Bank Paling Lama

Assalamualaikum...

Hari ni saya teman suami ke Maybank cawangan Rawang...tujuan??? Nak keluar duit dari ASB & buat cek untuk baki bayaran downpayment kereta Axia kami...

Mmg dari awal lagi, kawan bagitahu yang 2January memang ramai orang...ye lah, bonus & dividen ASB dah boleh dikeluarkan..tambah pulak esok Sabtu, bank tutup...maka ramai lah yang datang untuk urusan ASB...

Dari 9.30pagi tadi kami sampai...sekarang dah 12.05tghr, urusan kami belum selesai...memang ramai orang, berebut tempat duduk sb seat nye sikit...haqeem pun dah naik bosan...

Kalau bukan kerana urusan penting ni, memang tak lah berkelah dalam bank ni...apapun, enjoy sebab ni lah peluang dapat bincang2 macam2 dengan suami...hihi

Semoga urusan di sini cepat siap...lepas ni, terus g jumpa En.Ghaz di Perodua Sales Bukit Beruntung....kasi settled terus ini hari...esok boleh g enjoy dengan familt...

kemana???
Belum tahu lagi...maybe taman botani Shah Alam...mau main salji...hihi..

Sekian...

Aktiviti Tahun Baru 1Jan2015

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...
Selesai kemas bilik solat yang merupakan bilik pakaian juge...
Dengan bantuan suami tercinta...siap tolong mandikan haqeem, cuci pinggan & sidai baju lagi...thanks ye en.suami ku sangat ringan tulang....

Haqeem tolong juge tadi...dia tolong kemas mainan2 dia...
Lepas solat Asar, kitorang nak pergi cari makan & shopping groceries plok...dah 3 hari tak masak...hari ni hari ke 4 lah tak masak...hihihi...

Sekian...hihi

Wednesday, 31 December 2014

Promosi Januari 2015

Assalamualaikum...

Nak tau tak apa produk yang terpilih untuk promosi sepanjang Januari 2015 ni????

Mengumumkan;

~Vitalea for Kids - beli 3 percuma 1
~Vivix - beli 6 percuma 1 & twin pack @ 5% diskaun
~Alfalfa Complex (S/L) - beli 6 percuma 1 & twin pack @ 5% diskaun

Wahhhh...bestnye....Alfalfa tu favorite saya ok...

Naziera
0136290309

CARA BERI OMEGA GUARD KEPADA ANAK KECIL

Assalamualaikum...

Semua sedia maklum, Omega Guard Shaklee boleh diberi kepada anak2 seawal 1 tahun..tapi macam mana nak bagi diorang makan Omega Guard ni???

Ada banyak cara..semua bergantung kepada penerimaan anak2 sendiri...contohnya, Haqeem pandai kemam, kunyah & telan...so settled...

Tapi ada juga anak2 yang taknak kunyah...so, boleh lah tiru cara macam dalam gambar tu...letak aje sebiji Omega Guard dalam susu anak2..haqeem fully direct breastfeed, so cara ni tak sesuai untuk dia...

Kalau anak2 tak minum guna botol, boleh campur dalam bubur nasi...taknak ketara sangat, campur dalam bubur nasi ikan...dulu saya pernah cuba bagi cara ni, tapi tak berjaya...huhu

1 lagi cara yang mungkin berhasil adalah dengan memecahkan/cucuk softgel Omega Guard & picit ke dalam sudu atau terus ke mulut anak2...yang picit terus ke mulut tu disarankan buat ketika anak2 tidur...hihi

Apapun, kita sebagai ibu kena kreatif & tahu macam mana nak handle masalah ini...selamat mencuba...dan bersedialah untuk mencium anak2 anda yang akan berbau 'ikan' selepas memakan Omega Guard...hihi

Naziera Roslan
013 629 0309

HAPPY NEW YEAR 2015

Assalamualaikum...


Selamat Tahun Baru 2015...

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk bernafas & menjalankan tanggungjawab pada tahun baru...
Semangat pun macam baru ni...hihihi

so, saya nak belanja kalendar 2015 pada semua...kot2 lah lepas ni nak rujuk...



selamat ye semua...

GOODBYE 2014, WELCOME 2015

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, beberapa jam je lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2015...

Terima kasih Allah atas segala nikmat, rezeki, ujian, dugaan & segala2nya yang Dia berikan kepada kita semua...Alhamdulillah

Semoga tahun 2015 menjadikan kita semakin matang & sabar...semoga tahun 2015 semakin bertambah rezeki dalam perniagaan Shaklee yang saya sayangi...semoga bertambah rezeki dalam segala segi...

Azam 2015 saya setakat yang terlintas di fikiran saat ini adalah:

  1. Nak naik rank Supervior (selewat2nya bulan March)
  2. Nak kurangkan berat badan sampai dapat berat ideal (mencabar ni)
  3. Nak train Haqeem berhenti guna pampers
  4. Nak train Haqeem 'pooping' kat toilet bowl
  5. Nak ajar Haqeem mengaji Iqra'
  6. ..
  7. ....
  8. ......
Alamak...itu je yang otak mampu proses setakat ini...Apapun, semoga dapat merealisasikan segala azam di atas...tak dapat semua, sebahagian pun dah ok...

Dengan ini, Good Bye 2014 & Welcome 2015

***p/s: Promosi Vita-E Complex, Sustained Release Vita-C Plus & Collagen Powder pun nak tamat beberapa jam je lagi....

Thursday, 25 December 2014

26/12/2014 - hujan lebat di pagi jumaat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...
Dapat bangun di pagi jumaat yang sejuk...
Bangun2, kepala terus pikir keadaan banjir seluruh malaysia...

Hujan...husband keje pagi...saya pulak kene pos barang customer...

Akhirnya, saya berpeluang hantar husband pegi kerja di pagi hari.......

Sekian...

Wednesday, 24 December 2014

Singgah PERODUA Sales Kejap

Assalamualaikum...

Menurut arahan suami tercinta....
Serah duit deposit kejap...

Semoga dipermudahkan....

Tuesday, 23 December 2014

Testimoni - Mealshake

Assalamualaikum...

Kali ni nak share 1 testimoni...yang ni dari customer saya sendiri...

Anak dia dulu ada masalah kurang makan..saya rekemen kan Mealshake...Alhamdulillah, dia belikan untuk anak dia...

Hasilnya...boleh tengok dalam picture tu...saya compiled feedback customer ni dalam 1 gambar...

Customer happy...saya super duper happy...

*suami customer saya ni pun minum Mealshake tu...

Testimoni- Detoks Dengan Shaklee

Assalamualaikum...

Malam ni saya nak share 1 testimoni fresh saya dapat dari seorang rakan SID...
Jom baca kisah dia detoks dengan Shaklee...

"Wani utk detox hnya ambil alfalfa je. Herbalax ada standby gak. Tp jarang makan. (",)
Kalau dulu 2-3 ari tak memerut. Sejak jumpa shaklee & konsisten alfalfa & oste ni memang tiap pagi mesti memerut. Best je rasa. Betul la kata abah wani, tiap hari pas bangun pagi better memerut. Mmg best. Hahahaha dulu masa sekolah dia duk bising wani susah memerut. Skrg dah ok!! Memang best detox shaklee! Oste pun bantu lancar proses memerut tau! Sape takleh ambil alfalfa atau herblax leh ambik oste!
Ayh kawan wani ada luka besar kat area tu + ada masalah lutut wani suggest oste je. Dia kata skrg ayh dia dah xde masalah nak memerut. Siap repeat order lagi. (",) Happy tummy is a happy me!!" - Wanie

Wahhh....best kan??
Kalau anda sedang mencari ikhtiar untuk masalah yang sama seperti wanie & ayahnya...hubungi saya untuk konsultasi percuma, ok...

Naziera
0136290309

Dinner Untuk Haqeem

Assalamualaikum...

Masa untuk bagi makan anak teruna...

2 hari dah dia nak lauk ni je...
Nasi+kicap+telur....

Lepas makan ni, bagi dia makan Omega Guard 1bj...

Alhamdulillah...

Monday, 22 December 2014

PHD - Pizza Hut Delivery Di Malam Hari

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...
tadi teringin nak makan pizza...
Minta izin dari suami, then dapat green light...terus call phd...

PHD - Pizza Hut Delivery!!
1 300 88 2525

Disebabkan rider PHD kerja sorang2 malam ni..lambat lah sikit pizza nya sampai...dapat kupon sebab lambat delivery...kikiki

Abis makan, terus saya bagi 3biji Omega Guard pada husband...3biji juga untuk saya...

Teringat kata2 upline saya dulu...Omega Guard ni kalau ambil dengan makanan berlemak, hasil pembuangan memang memberangsangkan...kikiki..

Malam ni, saya belanja poster Omega Guard ni ye...

Sekian...