Sunday, 21 December 2014

6 Khasiat Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita untuk menikmati minggu baru...hari ni Isnin, suami saya kerja shift siang minggu ni...so, update blog pepagi hari untuk minggu ni...

Taknak celoteh panjang2...banyak lagi urusan duniawi & urusan akhirat yang nak dibuat selepas ini...jom lah baca khasiat2 yang dapat diberikan oleh sejenis vitamin penting iaitu VITAMIN C...info ni saya ambil dari blogger sifu saya...http://www.mamafaiz.com/



Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua sedia maklum bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. C untuk Cantik!! Betul ke??? Ketahuilah khasiat2 Vitamin C antaranya:-


  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen berasal dari Yunani bermaksud lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal vitamin C akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Seorang PEROKOK patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan kerosakan teruk pada buah pinggang mereka.
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Tahukah anda, stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

"the more you stress the more you need vitamin C" - Dr. Bruce Miller

  • Kekurangan vitamin C menyebabkan penyakit skurvi seperti pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi. Vitamin C berperanan seperti gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu badan tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.


Bagaimana untuk memastikan anda mengambil Vitamin C pada dos yang disarankan iaitu 500mg sehari???

Inilah penyelesaiannya....1 biji bersamaan 500mg, juga bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ambil sebiji sehari sudah memadai. Ini juga lah pilihan saya sekarang. Dah jatuh cinta dengan Sustained Release Vita-C Plus ni. Alang2, jom kita tengok apa lebihnya vitamin C ini...

Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?.....

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C Plus mengandungi:


  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah 
*sumber:Shaklee Malaysia* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah
  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan

DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

No comments:

Post a Comment