Tuesday 20 January 2015

Batuk, Terkucil, Wuduk & Solat

Assalamualaikum...

Allah uji lagi...Alhamdulillah...kali ni diuji dengan batuk & gatal tekak yang sangat2 teruk...bila batuk, automatic terkucil....tak kira masa pulak tu...

So, google lah info macam mana nak solat kalau asyik terkucil...dan jumpe artikel ni....jemput bace ye...

Lemah kawalan kencing boleh dikatakan juga sebagai "terkucil" . Biasanya masalah terkucil dialami ketika terbatuk, bersin, ketawa atau bersenam lalu wanita yang bermasalah boleh terkencing sedikit. Masalah ini berlaku akibat dari kehamilan, bersalin, menopaus dan struktur saluran kencing itu sendiri. Punca keadaan lemah kawalan kencing apabila ada masalah pada otot dan saraf yang mengawal serta membebaskan air kencing.

Namun ketika kita menunaikan haji atau umrah di Tanah Suci, kita tidak boleh menganggap perkara ini remeh kerana membabitkan ibadah. Lagipun di Mekah, cuaca agak panas dan kering menyebabkan ramai jemaah wanita mengalami batuk dan ini memburukkan masalah terkucil. Sia-sia sajalah kita pergi ke Tanah Suci kalau amalan tidak diterima yang disebabkan masalah terkucil kerana kita perlu sentiasa bersih dan suci dari hadas supaya ibadat diterima Allah.

Kita dinasihatkan untuk memakai alas (panty liner) untuk mengelakkan terkena pada pakaian termasuklah seluar dalam kerana air kencing termasuk dalam kategori najis mutawasitah atau najis pertengahan yang membawa maksud perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum membuat ibadah. Jika tidak, solat kita tak sah. Hal ini akan merugikan kita sebagai tetamu Allah.

JALAN PENYELESAIAN MASALAH TERKUCIL

Menurut Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, pertama sekali sebelum beribadat kita perlu suci dari hadas. Wanita yang ada masalah terkucil,perlu bersihkan alat sulit sebersih-bersihnya. Kemudian pakai alas@panty liner kat seluar dalam. Kemudian berwuduklahlah lalu lakukan ibadah seperti biasa. Selepas itu jika anda terkucil maka ibadat anda sah dan diterima Allah kerana anda terkucil selepas berwuduk . Air kencing yang terkeluar ketika melakukan solat atau pekerjaan haji seperti tawaf, hukumnya dimaafkan dan ibadahnya sah disisi Allah.

Bagaimanapun anda tidak boleh sengaja mengeluarkan air kencing jika tidak bersebab seperti batuk atau ketawa. Terkucil yang dibenarkan ialah terkucil yang sememangnya tidak boleh dikawal atau memang tiada tempat untuk membuang air kecil yang dikira darurat.

Mengenai wuduk pula, orang yang ada masalah terkucil perlu memperbaharui wuduk untuk setiap solat fardu. Wuduk orang yang ada masalah terkucil tidak boleh digunakan untuk dua solat fardu. Justeru, setiap kali masuk solat fardu, anda perlu berwuduk baru selepas membersihkan alat sulit dan mengganti alas@panty liner yang baru.

Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah turut menyarankan jemaah wanita membaca SURAH HUD ayat 44 sebagai doa bagi menghentikan masalah terkucil atau datang haid. Boleh juga digunakan sebagai jalan penyelesaian bagi menahan keluar angin atau kentut.Nasihat beliau lagi, jangan jadikan masalah terkucil sebagai halangan untuk mendapat ibadat haji dan umrah yang terbaik.

Alhamdulillah, terjawab sudah kebuntuan di minda...nanti saya update surah Hud ayat 44 tu...artikel ini dipetik dari majalah Mingguan Wanita tahun 2009...

Kredit info to:-bicaraneem.blogspot.com

No comments:

Post a Comment