Wednesday 31 December 2014

Promosi Januari 2015

Assalamualaikum...

Nak tau tak apa produk yang terpilih untuk promosi sepanjang Januari 2015 ni????

Mengumumkan;

~Vitalea for Kids - beli 3 percuma 1
~Vivix - beli 6 percuma 1 & twin pack @ 5% diskaun
~Alfalfa Complex (S/L) - beli 6 percuma 1 & twin pack @ 5% diskaun

Wahhhh...bestnye....Alfalfa tu favorite saya ok...

Naziera
0136290309

CARA BERI OMEGA GUARD KEPADA ANAK KECIL

Assalamualaikum...

Semua sedia maklum, Omega Guard Shaklee boleh diberi kepada anak2 seawal 1 tahun..tapi macam mana nak bagi diorang makan Omega Guard ni???

Ada banyak cara..semua bergantung kepada penerimaan anak2 sendiri...contohnya, Haqeem pandai kemam, kunyah & telan...so settled...

Tapi ada juga anak2 yang taknak kunyah...so, boleh lah tiru cara macam dalam gambar tu...letak aje sebiji Omega Guard dalam susu anak2..haqeem fully direct breastfeed, so cara ni tak sesuai untuk dia...

Kalau anak2 tak minum guna botol, boleh campur dalam bubur nasi...taknak ketara sangat, campur dalam bubur nasi ikan...dulu saya pernah cuba bagi cara ni, tapi tak berjaya...huhu

1 lagi cara yang mungkin berhasil adalah dengan memecahkan/cucuk softgel Omega Guard & picit ke dalam sudu atau terus ke mulut anak2...yang picit terus ke mulut tu disarankan buat ketika anak2 tidur...hihi

Apapun, kita sebagai ibu kena kreatif & tahu macam mana nak handle masalah ini...selamat mencuba...dan bersedialah untuk mencium anak2 anda yang akan berbau 'ikan' selepas memakan Omega Guard...hihi

Naziera Roslan
013 629 0309

HAPPY NEW YEAR 2015

Assalamualaikum...


Selamat Tahun Baru 2015...

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk bernafas & menjalankan tanggungjawab pada tahun baru...
Semangat pun macam baru ni...hihihi

so, saya nak belanja kalendar 2015 pada semua...kot2 lah lepas ni nak rujuk...



selamat ye semua...

GOODBYE 2014, WELCOME 2015

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, beberapa jam je lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2015...

Terima kasih Allah atas segala nikmat, rezeki, ujian, dugaan & segala2nya yang Dia berikan kepada kita semua...Alhamdulillah

Semoga tahun 2015 menjadikan kita semakin matang & sabar...semoga tahun 2015 semakin bertambah rezeki dalam perniagaan Shaklee yang saya sayangi...semoga bertambah rezeki dalam segala segi...

Azam 2015 saya setakat yang terlintas di fikiran saat ini adalah:

  1. Nak naik rank Supervior (selewat2nya bulan March)
  2. Nak kurangkan berat badan sampai dapat berat ideal (mencabar ni)
  3. Nak train Haqeem berhenti guna pampers
  4. Nak train Haqeem 'pooping' kat toilet bowl
  5. Nak ajar Haqeem mengaji Iqra'
  6. ..
  7. ....
  8. ......
Alamak...itu je yang otak mampu proses setakat ini...Apapun, semoga dapat merealisasikan segala azam di atas...tak dapat semua, sebahagian pun dah ok...

Dengan ini, Good Bye 2014 & Welcome 2015

***p/s: Promosi Vita-E Complex, Sustained Release Vita-C Plus & Collagen Powder pun nak tamat beberapa jam je lagi....

Thursday 25 December 2014

26/12/2014 - hujan lebat di pagi jumaat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...
Dapat bangun di pagi jumaat yang sejuk...
Bangun2, kepala terus pikir keadaan banjir seluruh malaysia...

Hujan...husband keje pagi...saya pulak kene pos barang customer...

Akhirnya, saya berpeluang hantar husband pegi kerja di pagi hari.......

Sekian...

Wednesday 24 December 2014

Singgah PERODUA Sales Kejap

Assalamualaikum...

Menurut arahan suami tercinta....
Serah duit deposit kejap...

Semoga dipermudahkan....

Tuesday 23 December 2014

Testimoni - Mealshake

Assalamualaikum...

Kali ni nak share 1 testimoni...yang ni dari customer saya sendiri...

Anak dia dulu ada masalah kurang makan..saya rekemen kan Mealshake...Alhamdulillah, dia belikan untuk anak dia...

Hasilnya...boleh tengok dalam picture tu...saya compiled feedback customer ni dalam 1 gambar...

Customer happy...saya super duper happy...

*suami customer saya ni pun minum Mealshake tu...

Testimoni- Detoks Dengan Shaklee

Assalamualaikum...

Malam ni saya nak share 1 testimoni fresh saya dapat dari seorang rakan SID...
Jom baca kisah dia detoks dengan Shaklee...

"Wani utk detox hnya ambil alfalfa je. Herbalax ada standby gak. Tp jarang makan. (",)
Kalau dulu 2-3 ari tak memerut. Sejak jumpa shaklee & konsisten alfalfa & oste ni memang tiap pagi mesti memerut. Best je rasa. Betul la kata abah wani, tiap hari pas bangun pagi better memerut. Mmg best. Hahahaha dulu masa sekolah dia duk bising wani susah memerut. Skrg dah ok!! Memang best detox shaklee! Oste pun bantu lancar proses memerut tau! Sape takleh ambil alfalfa atau herblax leh ambik oste!
Ayh kawan wani ada luka besar kat area tu + ada masalah lutut wani suggest oste je. Dia kata skrg ayh dia dah xde masalah nak memerut. Siap repeat order lagi. (",) Happy tummy is a happy me!!" - Wanie

Wahhh....best kan??
Kalau anda sedang mencari ikhtiar untuk masalah yang sama seperti wanie & ayahnya...hubungi saya untuk konsultasi percuma, ok...

Naziera
0136290309

Dinner Untuk Haqeem

Assalamualaikum...

Masa untuk bagi makan anak teruna...

2 hari dah dia nak lauk ni je...
Nasi+kicap+telur....

Lepas makan ni, bagi dia makan Omega Guard 1bj...

Alhamdulillah...

Monday 22 December 2014

PHD - Pizza Hut Delivery Di Malam Hari

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...
tadi teringin nak makan pizza...
Minta izin dari suami, then dapat green light...terus call phd...

PHD - Pizza Hut Delivery!!
1 300 88 2525

Disebabkan rider PHD kerja sorang2 malam ni..lambat lah sikit pizza nya sampai...dapat kupon sebab lambat delivery...kikiki

Abis makan, terus saya bagi 3biji Omega Guard pada husband...3biji juga untuk saya...

Teringat kata2 upline saya dulu...Omega Guard ni kalau ambil dengan makanan berlemak, hasil pembuangan memang memberangsangkan...kikiki..

Malam ni, saya belanja poster Omega Guard ni ye...

Sekian...

Sunday 21 December 2014

2 Kumpulan Vitamin

Assalamualaikum...

Satu lagi perkongsian ilmu...moga bermanfaat untuk semua...jom baca & fahami...

kredit pic: En.Google

Vitamin bermaksud bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan.

kredit pic: nurulaziyana.blogspot.com
1- Vitamin Larut Air

  • Kumpulan yang pertama adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. 
  • Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. 
  • Antara vitamin yang larut dalam termasuklah vitamin B1(Thiamin), vitamin B2 (Riboflavin), asam nikotinat (Niacin), piridoksin (Vitamin B6), Folasin (Folat), kobalamin (Vitamin B12), vitamin B5 ( asam pantotenat), dan vitamin B8( biotin). Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari.
  • Vitamin larut air amat penting untuk tubuh kita, kerana tubuh kita tidak boleh membina vitaminnya sendiri, dan kita sering kehilangan vitamin larut air melalui kencing. 
  • Jadi pengambilan vitamin larut air setiap hari secara berterusan adalah penting untuk memastikan bekalan vitamin B dan C sentiasa ada dalam tubuh.


2- Vitamin Larut Lemak

  • Kumpulan yang kedua adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. 
  • Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang. 
  • Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit yang serius. 
kredit info: vitaminsihatku.blogspot.com


Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah
  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan

DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

6 Khasiat Vitamin C Yang Perlu Anda Tahu.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kita untuk menikmati minggu baru...hari ni Isnin, suami saya kerja shift siang minggu ni...so, update blog pepagi hari untuk minggu ni...

Taknak celoteh panjang2...banyak lagi urusan duniawi & urusan akhirat yang nak dibuat selepas ini...jom lah baca khasiat2 yang dapat diberikan oleh sejenis vitamin penting iaitu VITAMIN C...info ni saya ambil dari blogger sifu saya...http://www.mamafaiz.com/



Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua sedia maklum bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. C untuk Cantik!! Betul ke??? Ketahuilah khasiat2 Vitamin C antaranya:-


  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen berasal dari Yunani bermaksud lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal vitamin C akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Seorang PEROKOK patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan kerosakan teruk pada buah pinggang mereka.
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Tahukah anda, stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

"the more you stress the more you need vitamin C" - Dr. Bruce Miller

  • Kekurangan vitamin C menyebabkan penyakit skurvi seperti pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi. Vitamin C berperanan seperti gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu badan tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.


Bagaimana untuk memastikan anda mengambil Vitamin C pada dos yang disarankan iaitu 500mg sehari???

Inilah penyelesaiannya....1 biji bersamaan 500mg, juga bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ambil sebiji sehari sudah memadai. Ini juga lah pilihan saya sekarang. Dah jatuh cinta dengan Sustained Release Vita-C Plus ni. Alang2, jom kita tengok apa lebihnya vitamin C ini...

Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?.....

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C Plus mengandungi:


  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah 
*sumber:Shaklee Malaysia* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah
  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan

DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

YES - Year End Sales yang Awesome

Assalamualaikum...

Masih belum terlewat rasanya untuk saya share info ni...

Hujung tahun 2014, Shaklee bagi offer yang betul2 best...sangat menggembirakan hati semua pengguna Shaklee yang mementingkan kecantikan...kecantikan luar & dalam...

Bulan ni sahaja...sampai hujung bulan ni je tau...31/12/2014 last day...

3 produk, 5 promosi hebat:

}Beli 6, percuma 1 Sustained Release Vita-C Plus
}Beli 2, diskaun 5% Sustained Release Vita-C Plus

} Beli 6, percuma 1 Vita-E Complex
}Beli 2, diskaun 5% Vita-E Complex

}Beli3, percuma 1 Collagen Powder

Awesome right????

Dapatkan supplement2 ini sekarang, sementara promosi masih berlangsung....

Ingat!!!! 31/12/2014 last day untuk promosi ini...

Naziera Roslan
013-629 0309
oneng_0606@yahoo.co.uk

TESTING - BLOGGING ON THE GO

Assalamualaikum...

Baru je installed Blogger Apps kat phone...

So, testing dulu lah...
Harap2 semakin rajin le share info2 dgn semua...ye dak????

Friday 19 December 2014

Dinner At Sara Thai Tomyam, Balok

Assalamualaikum...

just nak throwback sikit...kejadian berlaku masa balik ke Seberang Balok, Kuantan bulan lepas...

saya & family kecil saya dinner kat salah satu restoran yang ada kat area Seberang Balok & Balok...suami yang lapar ajak makan kat sini..nama restoran ni...

Sara Thai Tomyam...cawangan Balok...
kalau tak silap ada 3 restoran Sara Thai Tomyam sekitar Kuantan...
dan yang ni paling dekat dengan rumah mak saya lah...

Kalau datang makan kat sini saya suka order Ayam Gajus...memang sedap...
1st time makan ayam gajus mase tahun 2009...masa tu join company buat farewell lunch untuk staff yang saya akan ganti...
perghhhh...sedap tapi nak makan banyak malu sebab saya masih baru dalam company tu...hihihi..

tapi kali ni saya tak order ayam gajus...tapi saya order nasi goreng..tak ingat nama thailand nya...tapi banyak sotong & udang....besar2 pulak tu...

so...enjoy the pictures ok....

haqeem yang kelaparan...sebut 'nasi goreng' je till nasi dia sampai...

ni memang hobi suami sementara tunggu foods...

suasana restoren ni....a bit sunyi sebenarnya...
  
nasi goreng pattaya untuk haqeem...

nasi goreng sotong+udang untuk ummi...
saya memang suka sotong hokeyyyy...

nasi goreng cili padi &
 telur dadar pilihan abah....

jus epal untuk ummi...
jus oren untuk abah &
air suam untuk haqeem...
ummi nak posing
tapi haqeem macam tak sabar2 nak makan...
memang dia tak sabar pun sebab dia lapoooo...
Alhamdulillah haqeem makan dengan banyaknya...sebab dia memang lapooo..plus saya bagi dia Mealshake...so, memang membangkitkan rasa lapoo dia...
haqeem makan tanpa henti sehinggalah ada 1 peristiwa tu....

gelas air suam haqeem jatuh bekecai..

itulah sebabnya haqeem dah taknak makan...padahal nasi goreng dia dah tinggal sikit je lagi...nasiblah tokey kedai tak cas harga gelas yang pecah tu....hihihi

so far, nasi goreng sotong+udang saya tu sedap & saya puas hati...sotong & udang memang banyak...
tapi husband tak puas hati dengan nasi goreng cili padi sebab tak pedas...adatlah, pedas orang nogori tak sama dengan pedas orang siam ni...

terima kasih sudi membaca...
sekian....

Thursday 18 December 2014

Udang Masak Kicap

Assalamualaikum...

kali ni nak belanja 1 resepi yang saya cipta sendiri...kebetulan dalam peti tu ada udang & sayur2 je...so, terlintas dalam kepala jap lagi nk masak udang...dah udang je yang ada, takkan nak masak ayam kot...kihkihkih...jom tengok resepinya...

UDANG MASAK KICAP


Bahan-bahan:
Udang basah - bersih & tos
2 ulas Bawang putih - cincang
1 labu Bawang besar - mayang
1 inci Halia - hiris
2 biji Cili padi - hiris
1 sudu Sos tiram
1 sudu Sos tomato
2 sudu Kicap manis
sedikit Lobak merak & Kubis bunga - potong sedang
garam
minyak masak
sedikit air

Cara-cara:

  • panaskan sedikit minyak masak dalam kuali & tumiskan bawang putih, bawang besar, halia & cili padi sehingga naik bau..
  • masukkan sos tiram, sos tomato & kicap...gaul rata..
  • masukkan lobak & kubis bunga...gaul lagi...
  • masukkan udang, gaul rata...tambah sedikit air...jangan terlalu banyak...
  • perasakan dengan garam...gaul sikit..biar sekejap sampai kuah menggelegak (nak pastikan air yang ditambah tadi betul2 dah masak)
  • siap & boleh dihidangkan..
*boleh tambah serbuk lada hitam kalau suka...lagi sedap...hangat je badan nanti

selamat mencuba...gambarnya saya belanja kemudian...hihi

Usah Biar Tulang Rapuh

Assalamualaikum...

entry kali ni just nak belanja keratan akhbar ni je..
sebagai peringatan untuk diri sendiri & kawan2 semua...


nampak gayanya kenalah amalkan pengambilan kalsium & vitamin D lebih sikit dari biasa..
tubuh badan ni macam lama lagi nak guna....Insya'Allah kalau Allah panjangkan umur...

pilihan saya???
semestinya OsteMatrix Shaklee...
senang...telan je...

kawan2 pilih yang macam mana???
nak pilih OsteMatrix jugak???
meh hubungi saya ye...
  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan


DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Perbezaan OsteMatrix Shaklee...Awesome!!!!

Assalamualaikum...

entry kali ni saya nak ceritakan beberapa manfaat yang boleh didapati dari sebiji OsteMatrix yang awesome ni...tapi sebelum tu, jom kita tengok dulu perbezaan 'kalsium tablet' Shaklee berbanding jenama lain dipasaran...

Perbezaan Shaklee


  • Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%.
  • Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi & garam mineral dari Laut Mati.
  • Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus & vitamin D, zink, kuprum, manganes & boron.
  • Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk memastikan penyerapan oleh tubuh & menghalang endapan sesetengah mineral.
  • kajian membuktikan kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang, terutamanya wanita yang telah berumur secara berkesan...

jisim tulang manusia...



Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada supplement adalah dengan mungukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan supplement. Pengambilan hanya 2 biji OsteMatrix menyebabkan dalam peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12jam.....

mineral yang terkandung dalam OsteMatrix

sebij OsteMatrix bersamaan dengan 80biji badam...mampu ke nak makan badam banyak2????

inilah yang membezakan tablet kalsium Shaklee a.k.a OsteMatrix yang menjadi pilihan saya & ramai lagi wanita2 diluar sana....

Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah:
  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan


DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Tuesday 16 December 2014

BIAR BETUL??? Minum Ubat Dengan Jus Limau Gedang Membawa Maut???

Assalamualaikum...

dalam pada saya duk mencari resepi2 yang sedap untuk Limau Gedang yang suami belikan hari tu...tetiba terjumpa artikel ni....jom baca...


MENGAMBIL ubat bersama beberapa jenis jus buah-buahan terutamanya limau boleh membawa maut.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Persatuan Kesihatan Kanada, reaksi ubat-ubatan tertentu jika diambil bersama limau gedang dan beberapa jenis buah limau yang lain boleh menyebabkan kematian, kegagalan fungsi ginjal, kegagalan fungsi paru-paru, pendarahan usus dan beberapa komplikasi lain.

Kata seorang penyelidik, Dr. David Bailey, sebanyak 85 ubat dilaporkan mampu memberi reaksi negatif dan boleh menimbulkan kesan sampingan yang serius jika diambil bersama jus limau gedang.

"Reaksi ini terjadi kerana terdapat kandungan furanocoumarin yang aktif dalam buah limau gedang yang boleh mengganggu fungsi enzim dalam tubuh.

"Selain itu, kandungan ini juga dapat menggandakan dosej ubat menjadi beberapa kali lebih banyak dan menyebabkan pesakit menghidapi masalah lebihan dosej.

"Bagi ubat yang rendah dosnya, furanocoumarin dapat meningkatkan kesannya namun untuk ubat yang sudah tinggi dosnya, furanocoumarin boleh menyebabkan pesakit berdepan masalah lebihan dosej sehingga 330 peratus," ujar Bailey.

Selain limau gedang, lemon juga mengandungi furanocoumarin manakala ubat yang boleh memberi reaksi negatif dengan buah-buahan ini ialah ubat tekanan darah tinggi, ubat antikanser dan antikolesterol.

"Memandangkan pengambilan jus limau boleh meningkatkan dosej ubat, doktor ataupun pesakit perlu peka dan berhati-hati. Sebaiknya, ambillah ubat dengan air masak," kata Bailey.

uuiihhh...terus takut pulak & rasa nak buang je limau2 yang ada dalam peti tu...tapi saya & suami takde pun ambil ubat2 yang dinyatakan kat dalam artikel tu...so, takyah risau lah kot kan....membazir pulak kalau buang...sumber vitamin c tu...hihihi

artikel dari www.kosmo.com.my

4 MENU DALAM 1 JAM

Assalamualaikum...

apa khabar semua????

kali ni saya bukan nak bagi tips memasak ya...tapi sekadar nak kongsikan kisah hidup saya..hihihi

sejak saya bergelar PENGURUS RUMAHTANGGA a.k.a surirumah, selalu juga lah saya masuk dapur untuk menyediakan makanan untuk suami tercinta & anak tersayang...sejak itu juga lah saya perasaan yang saya akan menghabiskan masa 1 jam untuk menghasilkan 3-4 menu...

3-4 menu tu bukan lah menu yang hebat2...tapi yang simple2 je...3-4 menu tu adalah:

  • nasi (putih/berperasa)
  • 1 lauk utama (ayam/ikan/sotong/udang/dll)
  • 1 sayur
  • telur dadar (macam wajib ada)


itu je...kalau mak saya, 4 menu ni boleh siap dalam masa 30 minit je kot....hahaha...saya pernah cuba untuk memasak dalam tempoh yang lebih pendek tapi belum berhasil...seolah2 wajib 1jam baru lah suami saya boleh makan...kihkihkih

sebenarnya saya masih belum mahir untuk handle 2 peiuk/kuali dalam 1 masa...atau buat 2 kerja dalam 1 mase...kecuali stove yang satu lagi tu saya jerang air/ masak sup atau lauk yang boleh dibiarkan tanpa pengawasan...kihkihkihkih

masa awal2 kahwin dulu, pernah kuali terbakar...saya panaskan kuali untuk menggoreng tapi tak ingat nak goreng apa...lepas nyalakan api dapur gas, saya pergi loading mesin basuh..siap loading mesin basuh, saya toleh tengok kuali dah berapi-api...Alhamdulillah, mase tu suami ada kat rumah...

lepas pada tu saya macam serik sikit kot...cuma sejak ada anak ni, kadang2 saya terpaksa buat 2-3 kerja dalam 1 masa...apa tak nya...tengah duk masak, Haqeem sibuk minta itu ini...plus, membalas wassap2 dari customer...kira ok lah tu kan????

sekian perkongsian saya kali ni...sangat berharap saya mampu memendekkan tempoh memasak setiap hari...kahkahkah...

Sunday 14 December 2014

OSTEMATRIX - Pembantu Di Saat Memerlukan

Assalamualaikum...

Entry kali ni saya nak kongsikan info ringkas tentang salah satu supplement yang saya suka...dan supplement ini macam wajib ade dalam rumah saya...supplement ni sangat membantu melegakan sakit2 yang lazim kita alami..

Ostematrix...itulah namanya...umpana 'pain killer' yang membantu melegakan beberapa sakit atau masalah yang selalu serang pada saat2 yang kita tak jangka..tapi sebelum tu, jom baca info ringkas tentang Ostematrix yang saya ambil dari www.shaklee2u.com.my...semoga bermanfaat..

OSTEMATRIX


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrix™ membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kalau masih ingat, sebelum ini saya tiba2 diserang sakit kepala & sakit gigi..baca kisah ini...salah satu supplement yang saya telan adalah Ostematrix ni lah...selain sakit kepala & sakit gigi, Ostematrix ni juga Insya'Allah boleh melegakan beberapa masalah lain seperti:

  • sakit pinggang
  • lenguh kaki & badan
  • sembelit
  • bayi kuning (ibu yang makan, nanti khasiatnya disalurkan melalui susu ibu)

banyak lagi sebenarnya...tapi ini antaranya lah...Ostematrix ni sesuai atau wajib dibawa bersama kalau saya travel ke mana2 & balik kampung...sebab ini lah pengganti Paracetamol saya sekarang...sooooo in love with Ostematrix....

Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah:
  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan

DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Saturday 13 December 2014

LIMAU GEDANG...

Assalamualaikum...

tengahari tadi after lunch, saya & family singgah beli barang sikit kat tesco..

husband tercinta beli 3 biji buah ni....

limau gedang yang gabak besar...

mungkin husband teruja tengok saiznya yang besar atau harganya yang murah (99sen/biji), terus dia ambil 3 biji...

balik umah dia belah & makan....sekali pahit & masam daaaaaa...
terus dia simpan dalam peti....

Haqeem makan macam ok je....tapi seulas je lah yang dia makan..hihihi

nampaknya, kene lah saya cari resepi atau tips nak bagi limau rasa sedap tuk dimakan...

nanti saya kongsikan resepi/tips tu kat entry seterusnya ok....


P/S: limau gedang ni kaya dengan vitamin C tau...tapi kalau pahit gitu, macam tak sanggup pulak nak telan....so, saya telan Sustained Release Vita-C Plus jelah sementara jumpa resepi best tuk limau gedang ni....hihihi

Thursday 11 December 2014

INFO RINGKAS: Sakit Kepala

Assalamualaikum...

enrty saya sebelum ni saya cerita pasal saya diberi nikmat sakit kepala ...ade sebab saya tulis entry Surirumah MC 2 Hari tu...sebab saya nak kongsikan info mengenai sakit kepala...jom tengok & baca info yang saya ambil dari www.myhealth.gov.my....

Sakit Kepala


sekadar hiasan

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.

Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia boleh menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.


Apa yang menyebabkan berlakunya sakit kepala???


Berikut adalah keadaan yang menyebabkan sakit kepala :

  • Tekanan (tension headache).
  • Kemurungan
  • Migrain (pengecutan salur darah)
  • Penyakit serta ketegangan dalam mata.
  • Sakit gigi dan tulang rahang.
  • Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
  • Kejang otot.
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
  • Angin Ahmar
  • Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pengambilan dadah dan racun


Apakah jenis rawatan yang diberikan???


Rawatan bergantung kepada penyebab :

  • Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
  • Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin - yang ni saya gantikan dengan supplement Shaklee yang lebih semulajadi)
  • Cuba teknik bertenang dan urutan.
  • Jika migrain, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
  • Tangani tekanan anda dengan baik.
  • Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
  • Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.



Bila Perlu Berjumpa Doktor???


Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :

  • Demam.
  • Pening kepala yang kuat pada umur melebihi 40 tahun.
  • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
  • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
  • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
  • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
  • Selepas kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.
  • Kejang tengkuk/leher.
  • Khayal/lali.
  • Sawan.
  • Rasa lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta.
  • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
  • Loya, muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV



Bagaimana untuk mencegah???


  • Tangani tekanan anda dengan baik.
  • Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
  • Pemakanan seimbang.
  • Kerap bersenam.
  • Berhenti merokok.
  • Amalkan gaya hidup sihat



Soalan Lazim


Perlukah saya menjalani pemeriksaan CT-brain?
Keutamaan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran 'red flag' atau menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .

Kajian CT-brain mendapati hanya satu peratus pengidap sakit kepala menunjukan keputusan kajian yang positif.


Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya atau tidak?
Tidak.

Penyebab utama sakit kepala adalah disebabkan ketegangan 'tension headache'.


sekian info untuk perkongsian bersama....

SURIRUMAH MC 2 HARI...

Assalamualaikum...

sambil2 masak pagi tadi, saya teringat pulak saya sakit kepala masa otw balik dari Kuantan awal minggu lepas...sakit kepala tu mula serang lepas saya abis makan 2-3 jenis buah, beli kat R&R Lanchang...pelik jugak mase tu..takkan sakit sebab makan banyak buah kot kan...

sampai umah sewa, masih sakit & macam makin kuat denyutnya....beberapa jam lepas tu, start lah rasa ngilu2, sengal2 & sakit2 gigi...saya pikir, ni mesti sebab makan honeydew yg kuning tu...cantaloupe nama buah tu...sebab tu jelah yang keras, buah2 lain semua lembut2...

ni lah rupe cantaloupe...sedap sebab rangup...

apa saya buat??? mesti lah saya nak cube tidur..tapi sebelum tidur tu saya siap2 telan 2biji OSTEMATRIX & 1biji B-Complex....dapat lah lena sejam dua...Alhamdulillah...

bangun tidur petang tu, masih sakit...frust jugak sikit sebab mase tu saya banyak benda yang saya nak buat...tapi saya sabar, Istigfar banyak2...lepas husband g kerja malam tu, selesai Isyak, saya telan lagi OSTEMATRIX & B-Complex...terus masuk bilik, baring2 & terlelap...Bangun Subuh, Alhamdulillah....sakit & denyut kepala dah hilang...Lega sangat...cuma gigi je yang masih ngilu...malam hari kedua ni pun saya masih juge telan OSTEMATRIX & B-Complex..

Alhamdulillah, bangun Subuh hari ke 3 semua nya dah lega...memang hilang sepenuhnya...berkat sabar & konsisten makan 2 supplement yang saya yakin memang sangat2 berkesan untuk sakit kepala & sakit gigi....memang the best lah Shaklee ni...terima kasih Allah, bagi rezeki lebih beli OSTEMATRIX & B-complex beberapa bulan lepas..

sepanjang 2 hari tu memang 1 apa pun saya tak buat..tempahan tasbih yang masih banyak, saya mampu tengok je manik2 yang ada...business Shaklee pun saya tak update...parcel shaklee sampai saya letak tepi dulu...lebih kronik, masak pun tidak...semua beli...hihihi

kalau korang nak tau, walaupun kepala & gigi sakit, tidur saya cukup lena....sebabnya, 2-2 supplement yang saya ambil tu memang berfungsi menenangkan & memberi tidur yang lena...Alhamdulillah...1 biji panadol/paracetamol langsung saya tak ambil...

sakit ni salah satu nikmat Allah bagi kat kita kan??? sepanjang saya MC 2 hari tu, husband banyak tolong uruskan umah & Haqeem...husband balik kerja pagi2 tapaukan makanan...tolong sidai pakaian...picit2 & tenangkan saya bile kepala berdenyut....Ya Allah, besar nikmat Allah bagi kat saya...Alhamdulillah, terima kasih Allah & husband...

Alhamdulillah, Haqeem pun tak banyak ragam...yang ni saya kagum...Haqeem macam paham bila saya bagitahu yang saya tak larat, saya nak tidur semua tu...semakin bijak anak ummi ni...

betullah tindakan saya sentiasa pastikan stok OSTEMATRIX & B-Complex ada di umah..kadang2 saya bawa 2 supplement ni bila balik kampung & travel mane2...sangat berguna & membantu ketika kecemasan macam ni...sekarang boleh lah saya buang semua stok2 paracetamol yang ada kat umah ni...telan Shaklee je lepas ni....Alhamdulillah...

Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah:
  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan


DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Wednesday 10 December 2014

SHAKLEE COLLAGEN POWDER - Berita Baik & Berita Buruk

Assalamualaikum...

beberapa hari lepas, kami SID2 dikejutkan dengan 1 berita.. berita yang boleh dikatakan baik & buruk...

beritanya adalah seperti berikut:

".Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Collagen akan diberhentikan penjualan buat sementara waktu bermula 1 Januari. Ini bermakna anda ada masa sehingga 31 Disember untuk membeli produk ini...Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9 - 12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan kepada anda PROMOSI beli 3 percuma 1.."
nampak tak???? berita baik & buruk datang serentak...apa yang buruk???

yang buruknya.. bermula 1 Januari 2015, penjualan Shaklee Collagen Powder ni tidak akan dijual oleh pihak Shaklee Malaysia sehingga proses pendaftaran tersebut selesai....proses ni mungkin makan masa...kalau anda ingat dulu Sustained Release Vita-C juga pernah kehabisan stok lebih dari 1 tahun..maka, akan ada kemungkinan perkara itu bakal berlaku pada Collagen Powder ni juga...

part ni yang baik nya...Shaklee menawarkan promosi beli 3 percuma 1 untuk Shaklee Collagen Powder....yeaaaaa.... jimat lah kan bile dapat free 1 kotak....tapi promosi ni bakal berakhir hujung bulan Disember 2014...sekejap sangat...



Jika anda ambil peluang membeli 3 kotak Shaklee Collagen Powder sebelum 31 Disember 2014, anda akan mendapat 1 kotak Shaklee Collagen Powder percuma.. Selain itu anda layak mendapat keahlian seumur hidup percuma sebagai pengedar Shaklee....Automatik anda akan menerima rebat wang tunai iaitu bonus pada bulan Januari 2015....best kan???

maka, buat anda2 yang mahu dapatkan Shaklee Collagen Powder, grab peluang ni secepat mungkin...saya yakin. ramai SID2 yang borong Collagen Powder ni...

Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah:

  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan



DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

AKU SEHEBAT BELIAU....

Assalamualaikum..

suatu hari di awal Disember 2014...
sedang saya kalut menyiapkan tempahan tasbih untuk customer...
saya menerima 1 amanat...

yaa.....
ianya umpana amanat dari beliau untuk saya jadikan panduan..
panduan untuk saya berusaha menjadi sehebat beliau...

beliau selalu cakap...
bila kita memberi, kita tidak akan berhenti menerima...
maka dengan itu saya kongsikan amanat yang diberi...
semoga ianya juga memberi manfaat untuk diri saya & anda semua...



Insya'Allah...
saya berazam untuk mengamalkan apa yang diamanatkan..
sebab saya bercita-cita untuk menjadi sehebat beliau..
beliau yang saya maksudkan adalah salah seorang idola saya...
PUAN SHAREEZA atau teramat mesra dengan pangilan kak cery...

NAZIERA...
anda adalah seorang insan hebat...
anda sehebat kak cery...
malah lebih hebat dari kak cery....

AMIN...YA RABBAL AL-AMIN....

*air mata bergenang kot saat menulis enry ni...dah macam buat puisi...

KEMASKINI MAKLUMAT BRIM

Assalamualaikum...

just nak bagtau yang saya dah berjaya kemaskini maklumat untuk permohonan BRIM 2015

buat kat link ni je

klik2..
isi maklumat yang rasa perlu tukar/kemaskini...
then settled....

segalanya kini hanya dihujung jari....

hihihi

INFO RINGKAS - Vita-E Complex®

Assalamualaikum...

entry sebelum ni saya dah kongsi info Sustained Release VITA-C Plus
so, kali ni saya nak kongsikan info tentang 1 lagi supplement yang dipromosikan bulan ini...
Vita-E Complex...
vitamin yang sangat berkait rapat dengan kecantikan..

Vita-E Complex®


Vita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E.

Setiap kapsul sofgel menyediakan:

  • 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium.
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang baik
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

memang ringkas gile infonya..
saya ceduk info ni juge dari website shaklee tau...
entry akan datang saya akan terangkan lebih lagi...jangan risau ye...

Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah

  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan


DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

INFO RINGKAS - Sustained Release Vita-C™ Plus

Assalamualaikum...

bersempena promosi Sustained Release Vita-C™ Plus bulan ini,
jom kita tengok info ringkas mengenai vitamin hebat ini..
info saya ceduk dari website shaklee..


Sustained Release Vita-C™ Plus


Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari

Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.

Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Haaaa....sebijik2 saya ceduk dari website tu...
nama pun info ringkas kan...
next entry saya cerita lebih lagi tentang vitamin kegemaran ramai ni..

Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah

  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan


DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

PROMOSI DISEMBER 2014...BULAN KECANTIKAN

Assalamualaikum..

hari ni saya nak umumkan sesuatu..
Bulan Disember ni merupakan BULAN KECANTIKAN...
sebab Shaklee dengan bangganya membuat promosi 2 supplement yang berperanan penting dalam kecantikan & kesihatan...

Mengumumkan.....

Promosi Beli 6, Percuma 1 Sustained Release VITA-C Plus
Promosi Beli 6, Percuma 1 VITA-E Complex

DAN

Promosi Beli 2 Sustained Release VITA-C Plus Pada 5% Diskaun
Promosi Beli 2 VITA-E Complex pada 5% Diskaun





Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah
  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan


DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Tuesday 9 December 2014

I'M BACK!!!!!

Assalamualaikum..

Ya Allah!!
Rindu nya dengan blog saya ni....dah 9 hari saya tak update apa2 kat sini...
bukan malas ye..tapi saya sibuk menyiapkan tempahan tasbih...
300 utas tasbih perlu siap sebelum 11/12/14....
Alhamdulillah, siap juga semalam & dah diposkan semalam juge

300 utas tasbih

Alhamdulillah...
Allah bagi rezeki lagi...
semalam ada sorang lagi customer tempah 40 utas tasbih...
Alhamdulillah, esok dah boleh pos sebab dah siap....

40 utas tasbih
yang coklat idea saya
yang pink idea customer


Lega & seronok...
sebab lepas ni saya boleh luangkan lebih banyak masa untuk bisnes kesayangan saya yang 1 lagi tu...
SHAKLEEEEEEE!!!!!!

I Love SHAKLEE sooooo much!!!

sepanjang proses menyiapkan tempahan tasbih, saya tetap amalkan Shaklee...
antaranya OSTEMATRIX...
duduk tercongok atas lantai lelama buat tasbih, memang rasa lah sakit pinggang, kaki & punggung..
Alhamdulillah, sebelum tidur saya telan OSTEMATRIX...
lega & dapat tidur lena...

penyelamat di kala sakit pinggang melanda

Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah

  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan



DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Sunday 30 November 2014

MISI MENCARI CENDOL DI KUANTAN...

Assalamualaikum...

Tengahari tadi aku bagitau husband yang aku teringin nak minum cendol..so, sesudah solat Asar kami pun kluar nak cari cendol...

Walaupun aku ni lahir & membesar di Kuantan..tapi sejak aku menyewa di Rawang hampir 4 tahun...maka, selok belok & tempat2 best sekitar Kuantan, memang kadang2 aku xtau...ape tak nye..setiap kali balik Kuantan, belum tentu aku sempat pusing2 cari tempat2 best..tambah dengan sistem jalan yang bertukar2 di bandar Kuantan...sokmo kene marah dgn husband sb salah atau lambat bagi direction...

Sambung bab cari cendol tadi...

Disebabkan aku xpasti kat mane ade jual cendol yang sedap..husband suruh aku tanya en.google...maka keluarlah nama "CENDOL AIR PUTIH"

ni lah kedai nya...kredit kat en.google...

Berdasarkan gambar & alamat, aku dpt agak lokasi nye berhadapan dgn Pasaraya Nirwana...memang dulu pernah lalu tapi x pernah beli kat situ...so, husband pun setuju nak g beli kat situ...padahal jauh jugak dr umah mak aku di Seberang Balok ni...

Haqeem awal2 dah tertidur...rugi2...
Disebabkan hari ni hari Ahad & hari dh petang, ade gak risau kot2 kedai Cendol Air Putih tu tutup...tak pepasal plok nti...drive sikit punye jauh, kalau tutup, memang haru lah kan...OTW lalu depan TenTen, aku nmpk gerai cendol ade buke...so aku suruh husband U-turn kat trafik lite & g gerai depan TenTen tu je...

ni lah gerai depan TenTen...tadi lupa nak snap pic..so, kredit pic kat idamohdali.blogspot

Gerai cendol ni dah lame dah wujud kat situ...kalau tak silap, dari aku skolah rendah mmg dah ade uncle ni niaga kat tempat yg sama...dari Osiana ke Alfa Indah sampai lah TenTen pasaraya blakang tu...uncle ni tetap setia niaga kat situ...kalau x silap aku, kedai Cendol Air Putih tu salah 1 cawangan family business uncle ni...

Oleh sebab Haqeem tido & hujan, aku pun tapau je lah cendol yang aku teringin sangat nak makan ni...

cendol+jagung untuk husband & cendol+kacang merah kegilaan aku....
Aku memang suke cendol kacang merah yang uncle ni jual sb kacang merah tu die masak sendiri so memang terasa lah kesedapan kacang merah tu...tak macam certain cendol yg gune kacang merah dalam tin....2 bekas ni baru RM4.80....dan berbaloi kot drive jauh2 bile dapat minum cendol ni...

Alhamdulillah...