Thursday 29 January 2015

Ubah Cara & Menu Sarapan ~ Tips kurus miss aya....

Assalamualaikum...

Bulan lepas dapat ilmu dari salah seorang ahli BnC...Aya Suria namanya...si saya kreditkan tips kali ni kat miss Aya Suria...semoga bermanfaat untuk semua....

tips diet miss aya suria:  
~Jika anda rasa menurunkan berat badan adalah sukar, salah satu sebabnya adalah kerana tabiat ataupun habit pemakanan kita tidak berubah.

~Cara pemakanan kita adalah sama setiap hari. Saya boleh lihat setiap hari, kita akan pergi ke kedai makan untuk sarapan dan makanan yang kita ambil adalah roti canai, nasi lemak dan teh tarik.

~Tabiat pemakanan yang sangat ‘common’ untuk rakyat Malaysia. Walaupun nasi lemak famous satu dunia, tidak bermakna ia adalah makanan yang sihat.

~Sebab itu pembentukan habit adalah sangat penting. Dan saya sangat galakkan untuk anda membentuk habit pemakanan bermula dengan sarapan.

Mari kita membentuk rutin pagi yang sihat.

~Pertama sekali, sarapan adalah sangat penting dan anda tidak boleh skipped untuk bersarapan.

~Kedua, saya cadangkan letakkan satu gelas air kosong disebelah katil ataupun bila anda bangun terus ke dapur dan minum segelas air kosong.

~Ketiga, cuba bersarapan seawal mungkin. Bukannya ketika sudah sampai di tempat kerja baru ingin bersarapan. Disebabkan kita berpuasa ketika kita tidur, jadi badan memerlukan tenaga sebaik sahaja kita bangun.

~Keempat, pilih menu yang betul-betul sihat ketika bersarapan. Saya tidak menyarankan untuk anda makan nasi lemak, roti canai, teh tarik ketika sarapan. Saya lebih menggalakkan anda mengambil sumber protein. Contoh sumber protein adalah telur.

~Anda boleh buat telur separuh masak, telur rebus, telur cincang dan boleh di tambah lada hitam dan juga lada putih.

~Jika anda ingin mengambil sumber karbohidrat, cuba ambil makanan yang mempunyai tinggi serat seperti oat, roti bijirin.

~Atau anda boleh membuat smoothie yang sihat. Campurkan susu rendah lemak, blendkan dengan pisang dan buah-buahan yang lain.

~Walaupun cara pemakanan yang saya cadangkan tidak menampakkan kemelayuan, tetapi percayalah cara pemakanan kita sekaranglah yang menyebabkan penyakit tiga serangkai yang saya selalu jumpa di hospital saban hari. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung tidak pernah berkurang.

Haaaa....macam ramai pakar cakap, sarapan memang penting untuk orang yang sedang dalam proses nak kurangkan berat macam saya...makanya, jom lah usaha ubah menu2 sarapan kita ye...

Sekian...

Naziera ~ 0136290309
Supervisor March 2015

No comments:

Post a Comment