Sunday 21 December 2014

2 Kumpulan Vitamin

Assalamualaikum...

Satu lagi perkongsian ilmu...moga bermanfaat untuk semua...jom baca & fahami...

kredit pic: En.Google

Vitamin bermaksud bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan.

kredit pic: nurulaziyana.blogspot.com
1- Vitamin Larut Air

  • Kumpulan yang pertama adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. 
  • Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. 
  • Antara vitamin yang larut dalam termasuklah vitamin B1(Thiamin), vitamin B2 (Riboflavin), asam nikotinat (Niacin), piridoksin (Vitamin B6), Folasin (Folat), kobalamin (Vitamin B12), vitamin B5 ( asam pantotenat), dan vitamin B8( biotin). Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari.
  • Vitamin larut air amat penting untuk tubuh kita, kerana tubuh kita tidak boleh membina vitaminnya sendiri, dan kita sering kehilangan vitamin larut air melalui kencing. 
  • Jadi pengambilan vitamin larut air setiap hari secara berterusan adalah penting untuk memastikan bekalan vitamin B dan C sentiasa ada dalam tubuh.


2- Vitamin Larut Lemak

  • Kumpulan yang kedua adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. 
  • Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang. 
  • Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit yang serius. 
kredit info: vitaminsihatku.blogspot.com


Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai apa-apa produk Shaklee, anda boleh lah
  • sms/whatsapp saya Naziera Roslan 013-629 0309 atau;
  • email ke naziera899@gmail.com
  • cari saya di Facebook Naziera Roslan

DISCLAIMER
Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

No comments:

Post a Comment