Thursday 20 November 2014

MEREKA BERTUAH....AL-FATIHAH

Assalamualaikum...

Salam Jumaat...
Innalillahhiwainnailaihirojiuun....

sekadar hiasan

Pagi tadi dapat berita dari sahabat melalui whatsapp group, ada anggotanya yang meninggal akibat kemalangan malam tadi, sekitar jam 1 pagi (malam jumaat)

Pagi tadi juga terbaca di facebook ada seorang warga Bukit Beruntung/Bukit Sentosa yang meninggal malam tadi (mlm jumaat) setelah beberapa hari terlantar akibat kemalangan..

Minggu lepas, seorang sahabat di FB juga ade post tentang pemergian ahli keluarga yang meninggal pada malam Jumaat & dikebumikan hari Jumaat sebelum Zohor..

Langsung aku teringat, arwah tok aku dulu meninggal & dikebumikan pada hari Jumaat... (kalau x silap lah sb aku gerak dr rawang ke ktn mlm jumaat)

Sesungguhnya mereka insan bertuah yang Allah pilih untuk kembali kepada-Nya di hari yang mulia..mereka bertuah sebab ada hadis yang mengata:

Meninggal pada hari Jumat atau malamnya juga termasuk  sebab   yang menyelamatkannya dari azab kubur, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Termizi;



Ertinya; “  Seorang muslim yang meninggal dunia pada hari jumat  atau  malamnya,   Allah akan menghindarkannya dari azab kubur”.

 Mengenai   kelebihan mati d ihari Jumaat  atau  malamnya terdapat banyak hadis yang menyatakan demikian.

Al-Fatihah buat meraka...semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Amin


Bahan Rujukan;
Abdul Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi, Jasmin, cetakan pertama, 2008M, hal114.
Sumber: 
http://masjidassyakirin.wordpress.com/2012/06/13/perkara-yang-menyelamatkan-manusia-dari-azab-kubur/

No comments:

Post a Comment