Thursday 13 November 2014

Haqeem Minum Ubat Cacing.....

Assalamualaikum....

11/11/14 baru2 ni, aku bawak Haqeem g appointment kat KKIA..kali ni minum ubat cacing je..
Appointment pkul 2 ptg..tapi belum pun pkul 2, KKIA dah penuh & no.giliran dah jauh..kental juga ibu2 kat Bukit Beruntung/Bukit Sentosa Rawang ni...

Mula2 sampai kat depan KKIA, Haqeem beres je...bila aku bawak dia masuk tuk amek no.giliran, dia dh start bunyi...

"taknak jupe doter...taknak jupe doter..."


Nak bagi dia reda, aku bawak Haqeem pergi beli makanan sikit kat Speedmart sebelah KKIA tu...maka dapatlah aku bawak Haqeem masuk dlm KKIA tu, duduk & makan biskut...Haqeem tenang je sambil2 tgk kawan2 ramai...

Tibe giliran Haqeem kene panggil, aku dah cuak sikit sbb Haqeem ni dr baby akan menangis menjerit2 bila nak ditimbang & diukur tingginya..

So, sejarah memang berulang bila Haqeem menjerit2 nangis taknak naik atas penimbang...bergema suara Haqeem dlm KKIA..cuma kali ni dia lebih mudah dipujuk..Alhamdulillah...

Settle mengadap nurse, aku requested untuk bagi sendiri ubat cacing tu kat rumah.. Sebab Haqeem lebih senang makan ubat guna sudu..Kat KKIA xde sudu. Kami pun balik & Haqeem senang sgt minum ubat cacing tu....siap cakap "lazat...."

Tergerak hati nak tau ape pentingnya minum ubat cacing ni, so aku pun tanya lah dgn en.Google..& aku dapat info macam kat bawah ni...jom tengok...

ini lah rupe ubat yg haqeem dpt tp ni pinjam en.google punye pic...
sourse :  sumarz.com

Bagaimana Cacing dapat masuk dalam badan?


  • Apabila termakan telur cacing yang berada dalam makanan yang tidak dimasak dengan sempurna mungkin dari gerai yang tidak berapa mengamalkan kebersihan .
  • Sekiranya tidak mengamalkan basuh tangan sebelum makan. Makan dengan tangan yang tidak bersih boleh menjadi punca kepada jangkitan cacing ini.
  • Cacing juga boleh masuk melalui kulit kaki yang terdedah.
  • Tandas (jenis tandas duduk) yang diguna tidak bersih , terutama di tandas awam.
  • Cacing juga boleh disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan.


Simptom-simptom telah dijangkiti cacing:


  • Pucat akibat kekurangan darah merah (anemia)
  • Cepat rasa lemah dan letih akibat kekurangan zat makanan.
  • Kurang selera makan
  • Abdomen kelihatan kembung
  • Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur
  • Perkembangan fizikal (kanak-kanak) mudah terganggu


So, no wonder lah perut Haqeem selalu kembung macam belon tiap2 malam & makan pun kurang.. rupenya dah sampai mase tuk minum ubat cacing...kihkih..

Menurut Dr.Zubaidi, sekiranya kanak2 mengalami kecacingan, penyerapan zat-zat dari makanan yang dimakan adalah tidak sempurna..so, bila cacing2 dah keluar dari tubuh (melalui najis) baru lah zat-zat & nutrisi berjaya diserap oleh tubuh kanak2...

Aku pun x tunggu lama lepas Haqeem membuang kali pertama selepas minum ubat cacing tu...aku terus bagi dia minum air Tamar Cocoa yang aku campur dgn setengah sudu Mealshake Shaklee..biar segala zat2, mineral2 & nutrisi yang ada dalam Mealsahke tu meresap masuk dalam tubuh Haqeem...Alhamdulillah, selera Haqeem bertambah baik...aku hidang apapun, mesti habis dia makan....

Sekian untuk hari ini...macam dah panjang plok aku membebel....

No comments:

Post a Comment