Tuesday 4 November 2014

Omega Guard Shaklee??? Apa tu??? Best sangat ke???

Assalamualaikum....

Bersiaran lagi ptg ni...sesudah masak2 & isi perut...Alhamdulillah...

Sempena bulan promosi Omega Guard ni, rasanya elok lah saya terangkan sikit apa itu Omega Guard Shaklee ni??? Bagus sangat ke Omega Guard Shaklee ni??? so, takyah bebel lebih2...jom tengok ye...baca sekali lah, jgn tengok semata2 plok....hihihi

Apa itu Omega Guard?
Omega Guard Shaklee ni lebih dikenali sebagai minyak ikan. Bila dengar minyak ikan & perkataan O.M.E.G.A, mesti kita pernah dengar & terbayangkan pasal Omega-3 kan???????
Tapi apa pulak Omega-3 ni? Ok, jom kita tengok apa itu Omega-3...

Apakah itu Omega-3?
Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak poli tak-tepu yang panjang (yang mempunyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Jadi, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Asid lemak biasanya boleh ditemui di dalam ikan.

Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3. Asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. Kalau tak ada lapisan lemak ni, ikan-ikan laut dalam mesti akan mati kebekuan.

ini lah rupa minyak ikan yang dah dikapsulkan
sumber dari en. Google...

Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting. Tapi malangnya tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan tubuh kita boleh maut sekiranya tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.

Kandungan Omega-3 ada 2 jenis komponen utama iaitu EPA dan DHA. Mesti anda nak tahu apa fungsi EPA dan DHA ni kan?? Teruskan membaca ya untuk mengetahuinya..

EPA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran (kesihatan jantung dan sendi), manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia. DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, serta amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Wahhhh...mesti anda teruja dan rasa nak gi cari minyak ikan sekarang, kan???? Tapi NANTI DULU!!!! Jom kita tengok apa yang best sangat OMEGA GUARD SHAKLEE berbanding minyak ikan jenama lain yang berlambak kat pasaran...

Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA. Tapi tahap uraian ni bergantung pada tubuh juga....kalau enzim dalam badan bagus, banyaklah ALA yang diuraikan dan begitu juga sebaliknya....tapi, jangan tak tahu ye dalam Omega Guard Shaklee ni semua ada....EPA, DHA dan ALA. Complete!!!! hihi

Selain tu, jenama Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, menggunakan penyulingan 3 peringkat secara semula jadi....selain memberi manfaat asid lemak, pada masa yang sama proses penyulingan ini mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. Jom tengok jadual perbandingan di bawah:-

Nampak tak???? Agak-agak yang mana jadi pilihan anda???
Semestinya saya pilih Omega Guard Shaklee untuk saya & keluarga...

Sumber Rujukan: 
Buku nutrisi Shaklee, mysweetzara.blogspot & En. Google


DISCLAIMER
Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

2 comments:

  1. membalas kunjungan =)
    Diari Seorang Mama

    p/s-jangan lupa buang word verification kat blog ni ye
    susah orang yang datang nak tinggalkan komen =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas tips tu...masih baru dlm dunia blogger...bnyk kene blajar... Done edit setting...TQ

      Delete