Saturday 15 November 2014

MAKANAN TAMBAHAN UNTUK IBU HAMIL....PERLUKAH???/

Assalamualaikum...

Entri yang lepas sy dah kongsikan tentang makanan sihat untuk ibu2 hamil...
Persoalannya, mampukah seorang ibu hamil mengambil kesemua makanan sihat seperti yang disarankan???

Kelaziman, termasuk diri saya sendiri gagal mengambil makanan sihat yang mencukupi disebabkan oleh alahan yang agak teruk di awal kehamilan.. Maka, makanan tambahan (suplemen) menjadi pilihan sebagai alternatif untuk menggantikan segala kekurangan dalam diet seharian..Jom kite tengok info di bawah....


Apakah sepatutnya kandungan sesuatu suplemen ibu hamil itu?

Kebanyakan multivitamin kehamilan memberi anda 100 peratus jumlah kesemua vitamin dan kebanyakan mineral yang penting yang sepatutnya anda ambil setiap hari.

Jangan ambil lebih daripada dos yang dicadangkan, iaitu biasanya sebiji sehari. Pengambilan vitamin tertentu pada dos yang berlebihan boleh memudaratkan anda dan bayi.

Multivitamin kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, yang mana jika diambil pada dos yang tinggi boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Jika ia mengandungi vitamin A sekalipun, ia adalah daripada sumber tumbuhan. Ini dipanggil betakarotin dan ia selamat untuk bayi.

Jika anda memilih untuk mengambil multivitamin dan suplemen mineral harian semasa hamil, pastikan ia mengandungi vitamin-vitamin yang penting kepada kehamilan.

Anda harus ambil 400mcg asid folik setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Walaupun jika anda tidak mengambil multivitamin, ambillah suplemen yang satu ini semasa trimester pertama.

Selain mengambil asid folik, anda juga harus makan banyak makanan yang mengandungi folat, iaitu asid folik dalam bentuk semula jadi. Folat terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan kekacang. Banyak roti dan bijirin sarapan juga ditambah dengan asid folik.

Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.


Dalam beberapa kes, dos asid folik yang tinggi adalah disyorkan. Jika anda sudahpun mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural, atau jika anda mengambil ubat-ubat tertentu, beritahulah doktor anda. Beliau boleh memberikan dos yang lebih tinggi kepada anda.

Apakah suplemen lain yang saya mungkin perlu semasa hamil?

Anda akan menjalani ujian darah semasa hamil, yang mana akan menunjukkan samada kandungan zat besi anda mencukupi atau tidak. Jika doktor mendapati kandungan zat besi anda terlalu rendah (anemia), beliau mungkin memberikan suplemen zat besi.

Anda memerlukan banyak zat besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.


Badan anda akan membantu anda mendapatkan lebih zat besi yang diperlukan. Ia membuat penyesuaian untuk membantu anda menyerap lebih zat besi daripada makanan semasa anda hamil. Oleh itu, cubalah makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging dan kekacang.

Kredit info to: www.babycenter.com.my

Kesimpulan yang boleh saya buat, sebagai ibu hamil, makanan tambahan adalah penting demi diri si ibu & bayi yang dikandung. Selain suplemen yang diberi oleh KKIA, di pasaran juga terdapat banyak pilihan suplemen yang boleh kita pilih...antaranya suplemen terbaik dunia iaitu SHAKLEE!!!!!

bersambung di entri akan datang...tungguuuuuuuu

No comments:

Post a Comment