Friday 14 November 2014

MAKANAN SIHAT UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsi info ringkas tentang "makanan sihat untuk ibu hamil" sempena dengan perkhabaran gembira saya terima dari kampung...hihihi...siapa yang hamil, dalam entri lain sya akan dedahkan...tunggu....

Jangan buang masa, jom tengok info ni....


Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut: 


  • Buah-buahan dan sayur-sayuran, samada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
  • Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt.Produk tenusu, seperti juga ikan laut dan garam laut adalah sumber iodin yang baik. Anda memerlukan banyak iodin dalam diet anda untuk membantu perkembangan otak bayi. 


Cuba elakkan daripada makan terlalu banyak makanan berlemak atau manis dan minuman manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang anda perlukan.

Realitinya, memanglah kadang kala sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jika anda tidak boleh makan banyak kerana loya atau sibuk di tempat kerja, atau jika anda seorang bakal ibu yang masih muda, suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang diperlukan. 


Apa suplemen yang sesuai untuk ibu hamil??? Yang ni saya kongsikan dengan anda dalam entri akan datang...kasi suspen sikit....hihihi

kredit to: www.babycenter.com.my

No comments:

Post a Comment