Monday 10 November 2014

Cup Cake Coklat Kukus

Assalamualaikum...

Terasa nak membuat kek sempena birthday anak teruna esok... Yang ke-3 tapi xtau sempat buat ke tak...google2 resepi, maka jumpa lah resepi ni...macam senang...jom tengok!!

gambar ehsan en.google

Resepi Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus

Sumber resepi    : Celoteh Hati Bella

Bahan-Bahan :


  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas


Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Kukus :


  • Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang
  • Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
  • Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
  • Setelah sebati, masukkan minyak.
  • Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.
  • Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.
  • Kukus selama 20 minit.

Akhirnya, siaplah cup cake coklat kukus kita..:)

Bahan & cara macam senang nak dapat & buat...so, kita tengok esok samada siap ke tak cupcake ni...kuikuikui

2 comments: